Dua Pelajar Di Washington Terbunuh, Empat Cedera Ditembak Rakan Sekelas

Diterbitkan: Sabtu, 25 Oktober 2014 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

MARYSVILLE (Washington): Seorang pelajar menembak mati pelajar perempuan, yang juga merupakan rakan sekelasnya dan mencederakan empat yang lain apabila dia melepaskan tembakan di kantin sebuah sekolah tinggi, Jumaat, dipercayai selepas bergaduh dengan pelajar-pelajar lain, kata pihak berkuasa.

Pelajar di Marysville-Pilchuck High School itu kemudian membunuh diri apabila teman-teman sekelasnya bergegas untuk mendapatkan bantuan keselamatan, dalam episod terbaharu kes tembakan sekolah Amerika.

Sumber, yang enggan namanya disiarkan, berkata penembak itu dikenali sebagai Jaylen Fryberg, merupakan pelajar baharu yang yang popular dari pasukan gusti dan bola sepak.

"Dia datang dari belakang memegang pistol dan melepaskan kira-kira lapan peluru ... Mereka adalah sahabat-sahabatnya, jadi ia bukan tembakan secara rawak," kata pelajar Jordan Luton kepada CNN, sambil menambah palajar bersenjata juga kemudianmelepaskan beberapa tembakan lagi.

"Kemudian dia berpaling dan memandang saya dan teman wanita saya ... dan seolah-olah berang menyeringai dan kemudian menembak baki peluru ke arah luar," kata Luton.

Polis tidak akan mengesahkan identiti lelaki bersenjata itu atau membincangkan kemungkinan motif tembakan, tetapi pejabat daerah sekolah dan beberapa saksi berkata dia sebelum ini terlibat dalam pergaduhan dengan pelajar lain.

Rebecca Cooley, yang mana anak lelakinya bermain sukan dengan Fryberg dan berada di kantin ketika tembakan berlaku berkata perbalahan yang berlaku ekoran pergaduhan ketika sesi latihan di padang dengan pelajar lain yang juga menjadi mangsa tembakan.

Tidak ada tanda-tanda pada akaun media sosial Fryberg bahawa dia telah merancang untuk mengamuk, tetapi pada Selasa 'posting'nya menunjukkan dia patah semangat, kelihatan seperti putus cinta.

Semua mangsa tembakan berusia bawah 18, dan tiga yang cedera berada dalam keadaan kritikal akibat ditembak di kepala.

Mangsa cedera keempat mengalami kecederaan kurang serius.

Tags / Kata Kunci: Washington , pelajar ditembak

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan