Komputer Pertama Apple Dilelong

Diterbitkan: Jumaat, 24 Oktober 2014 11:20 AM

Komputer Apple pertama di pasaran dilelong.

(Ubah saiz teks)

SATU daripada 50 komputer pertama yang dipasang pengasas bersama Apple, Steve Wozniak dan mendiang, Steve Jobs pada 1976 dilelong pada harga 
antara AS$300,000 (RM981,338) hingga AS$500,000 (RM1.63 juta).


Pada 2012 sebuah komputer Apple-1 yang masih berfungsi dilelong pada harga AS$374,500 (RM1.22 juta).

Rumah lelongan Bonhams memaklumkan, komputer yang masih berfungsi itu dipasang di garaj kereta milik Jobs di Los Altos, California.

Pada acara lelongan itu, komputer berkenaan berjaya dibeli Yayasan Henry Ford yang merancang mempamerkan komputer berkenaan di sebuah muzium miliknya di Dearborn, Michigan.

“Apple-1 bukan sahaja inovatif, malah ia asas kepada revolusi digital,” kata Presiden Henry Ford, Patricia Mooradian.

Ketika komputer itu dihasilkan 38 tahun lalu, tidak ramai membelinya sebelum pemilik syarikat elektronik, Paul Terrell membuat tempahan 50 unit Apple-1 dan menjualnya pada harga AS$666.66 (RM2,180.72).

Susulan itu, Jobs dan Wozniak mengeluarkan 150 lagi komputer dan menjualnya kepada kenalannya serta syarikat elektronik.

Ketika ini kurang 50 unit komputer Apple-1 yang masih dapat berfungsi dengan baik. 

 



Tags / Kata Kunci: komputer , Apple , Steve Jobs

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan