Malala Terima Pingat 'Liberty'

Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 11:00 AM

Malala Yousafzai.

(Ubah saiz teks)

PHILADELPHIA: Malala Yousafzai, aktivis hak asasi kanak-kanak dan penerima termuda Hadiah keamanan Nobel, dianugerahkan Pingat 'Liberty' pada Selasa.

Beliau turut berikrar akan mendermakan hadiah wang tunai AS$100,000 yang diterimanya untuk tujuan pendidikan di kampung halamannya di Pakistan.

Malala memenangi hadiah tahunan itu daripada 'National Constitution Center' (NCC) kerana keberanian dan ketabahannya menghadapi dugaan dan bersuara lantang bagi pihak mereka yang dinafikan hak asasi manusia dan kebebasan.

Dalam ucapannya, remaja 17 tahun itu menyatakan hasratnya untuk melihat 57 juta kanak-kanak yang tidak bersekolah diberikan hak terhadap pendidikan.

"Saya amat berbesar hati untuk menerima hadiah ini.

"Ia menggalakkan saya untuk meneruskan kempen untuk pendidikan dan perjuangan hak asasi setiap kanak-kanak," katanya.

Malala menggesa negara di seluruh dunia supaya menghentikan perbelanjaan wang untuk senjata dan sebaliknya melabur demi masa depan anak mereka.

"Pendidikan adalah senjata terbaik yang mana menerusinya kita dapat melawan kemiskinan, kejahilan dan keganasan. Oleh itu saya menggesa semua negara di dunia, marilah kita katakan tidak kepada peperangan," tegasnya.

Malala yang kini tinggal di Britain, mula dikenali di Pakistan ketika berkempen untuk hak kanak-kanak perempuan untuk mendapatkan pendidikan.

Pada Oktober 2012, beliau ditembak di kepala oleh seorang lelaki bersenjata Taliban dan dipandang serong serta dibenci oleh ramai orang di Pakistan.

Malala kemudian dipindahkan ke Britain dan pulih daripada kecederaannya serta menyambung persekolahan di negara itu.

"Keberanian Malala bagi mendapatkan kebebasan dan keadilan daripada kekejaman adalah bukti bahawa seorang pemimpin yang komited, tidak kira usia, mempunyai kuasa untuk menyemarakkan gerakan pembaharuan," kata Pengerusi NCC, Jeb Bush.

Pingat 'Liberty' itu dianugerahkan kepada tokoh yang berjuang untuk kebebasan manusia di seluruh dunia.

Pingat tersebut pernah dianugerahkan kepada bekas Presiden Amerika Syarikat - George W Bush dan Bill Clinton serta Nelson Mandela, Shimon Peres, Kofi Annan dan Bono.

Tags / Kata Kunci: Malala Yousafzai , pingat liberty

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan