Bekas Pengerusi Eksekutif Washington Post, Ben Bradlee Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 3:21 PM

Ben Bradlee.

(Ubah saiz teks)

BEKAS pengerusi eksekutif Washington Post, Ben Bradlee meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 93 tahun. 

Beliau merupakan individu bertanggungjawab dalam membongkarkan skandal politik popular, Watergate pada era pemerintahan Presiden Richard Nixon di Amerika Syarikat pada awal 1970-an. 

Beliau dianggap sebagai pelopor dalam bidang kewartawanan siasatan kerana dia merupakan tokoh penting yang membongkarkan skandal melibatkan tokoh politik elit di Washington. 

Penerbit Washington Post, Donald E. Graham berkata, mendiang yang terlibat bersama dua orang wartawannya terhadap pendedahan skandal itu sehingga menyebabkan Nixon meletakkan jawatan sebagai presiden pada 1974 merupakan seorang editor akhbar yang terbaik pada zamannya.

Sementara itu, dua orang wartawan yang terlibat mengenai pendedahan skandal berkenaan, Carl Bernstein dan Bob Woodward dalam satu kenyataan bersama di laman web akhbar itu menyatakan Bradlee merupakan seorang sahabat sejati dan pemimpin hebat dalam bidang kewartawanan.

"Bradlee memiliki prinsip yang kuat dalam mencari fakta berita. Jika sesuatu berita itu benar, maka kita dituntut untuk menceritakan kebenaran itu dengan menghasilkan artikel yang boleh menyampaikan kebenaran,” ucap Bernstein dan Woodward yang merupakan anak buah Bradlee di Washington Post. 

"Dia juga memiliki pemikiran seperti seorang tentera," tambahnya. 

Pada 1965, Bradlee dinaikkan pangkat kepada jawatan, Editor Pengurusan di Washington Post, beliau kemudiannya dilantik sebagai Editor Eksekutif pada 1968. 

Bradlee memegang jawatan tersebut hingga beliau  bersara pada 1991. 

Pada 2013 beliau dianugerahkan 'Presidential Medal of Freedom' oleh Presiden Barack Obama ekoran laporan dan kepimpinannya ketika Perang Vietnam dan Skandal Watergate. 

Washington Post telah menerima 17 anugerah Pulitzer ketika Bradlee mengetuai akhbar tersebut.

Tags / Kata Kunci: Ben Bradlee , Washington Post

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan