Mangsa Runtuhan Salji Hubungi Akhbar Maklum Masih Hidup

Diterbitkan: Selasa, 21 Oktober 2014 11:17 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG pemuda dari Britain yang hilang bersama 39 pendaki di Banjaran Annapurna telah menghubungi sebuah akhbar tempatan untuk memberitahu bahawa dia masih hidup.

Peter Roddis, 26, telah disenaraikan dikalangan 39 pendaki yang hilang manakala 29 daripadanya telah disahkan maut akibat runtuhan salji.

Pemuda itu sebelum ini merancang untuk mendaki Banjaran Annapurna sejauh 241 kilometer di Nepal bernasib baik kerana terselamat daripada maut dalam runtuhan tersebut.

Roddis berterima kasih kepada akhbar tempatan itu kerana melaporkan bahawa dia masih hidup di pergunungan tersebut.

Teman wanitanya, Lisa Hallet berkata," terima kasih, Peter selamat dan berada dalam keadaan baik. Dia tidak berada di kawasan bahaya dan ianya satu kekeliruan.

(Picture:Facebook/modorimasu)

Peter dan Lisa.

"Peter berkata, dia bercadang untuk bertolak pada Rabu atau Khamis, tetapi akhirnya dia tidak pergi.

"Dia tidak berada di kawasan kejadian ketika bencana itu berlaku," katanya.

Annapurna menjadi pilihan kebanyakkan pendaki kerana pemandangannya yang cantik berbanding sirkit Everest.



Di sirkit Annapurna para pendaki dapat melihat sekurang-kurangnya tujuh gunung tertinggi di dunia termasuk Gunung Annapurna I iaitu gunung kesepuluh tertinggi di muka bumi dengan ketinggian 8,091 meter.

Tags / Kata Kunci: Annapurna , British

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan