Oscar Pistorius Dipenjara Lima Tahun

Diterbitkan: Selasa, 21 Oktober 2014 5:58 PM

Wajah Oscar Pistorius yang sedih selepas mendengar hukuman penjara lima tahun dijatuhkan ke atas beliau pada Selasa atas tuduhan membunuh teman wanitanya tahun lalu. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

PRETORIA: Bintang Paralimpik warga Afrika Selatan, Oscar Pistorius pada Selasa dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana membunuh teman wanitanya, Reeva Steenkamp tahun lalu.

Pistorius yang muntah dan menangis ketika perbicaraan diadakan, terpaku sewaktu mendengar hukuman itu dijatuhkan ke atas beliau.

Hakim Thokozile Masipa memutuskan hukuman itu pada Selasa selepas meneliti alasan pendakwa bagi hukuman lebih berat dan permohonan pembela bagi hukuman lebih ringan terhadap olahragawan paralimpik itu.

"Hukuman dikenakan lima tahun," kata Masipa.

Pistorius dituduh membunuh Steenkamp tanpa niat pada tahun lalu, apabila menembaknya menerusi pintu tandas tertutup di rumahnya.

Beliau dalam keterangannya kepada mahkamah berkata, kejadian itu merupakan satu kemalangan selepas tersalah anggap teman wanitanya sebagai penceroboh pada waktu malam.

Perbicaraan Pistorius menarik perhatian dunia kerana statusnya sebagai bintang sukan ternama Afrika Selatan lebih-lebih lagi setelah dia mencipta sejarah sebagai pelari yang pertama mengambil bahagian dalam temasya Sukan Olimpik di London pada 2012 menggunakan bilah gentian optik sebagai ganti.

Dilahirkan pada 1986 di Johannesburg tanpa tulang fibula, Pistorius telah menjalani pembedahan untuk membuang kedua-dua belah kakinya di bawah paras lutut apabila dia berusia 11 bulan.

Dia kemudiannya memilih untuk menjadi pelari sepenuh masa dengan menggunakan bilah gentian optik menjadikannya popular dengan gelaran "the Blade Runner".



Tags / Kata Kunci: Oscar Pistorius

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan