CEO Gergasi Minyak Total Terbunuh Dalam Nahas Pesawat

Diterbitkan: Selasa, 21 Oktober 2014 4:07 PM

Mendiang Christophe de Margerie.

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Ketua Pegawai Eksekutif syarikat gergasi minyak, Total, Christophe de Margerie disahkan terbunuh dalam nahas pesawat dekat sini pada lewat malam Isnin.

De Margerie, 63, seorang berbangsa Perancis, adalah satu-satunya penumpang dalam jet peribadi, Falcon 50 itu.

Pesawat itu dikatakan telah berlanggar dengan mesin pembersih landasan ketika hendak berlepas dalam penerbangan ke Paris dari Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo di sini.

Jurucakap Jabatan Pengangkutan Rusia, Tatyana Morozova berkata, yang satu lembaga siasatan jenayah telah dibentuk untuk menyiasat sama ada berlakunya kecuaian peraturan dan standard asas penerbangan berhubung kemalangan itu.

Pesawat tersebut tidak terus terhempas selepas pelanggaran itu sebaliknya ia telah menghantar isyarat kecemasan dan melaporkan tentang kebakaran enjin sebelum terhempas di hujung landasan mengorbankan kesemua krew dan penumpang.

Ia dilaporkan berlaku sejurus selepas tengah malam waktu Moscow.

Lapangan Terbang Vnukovo membatalkan kesemua penerbangan sebaik sahaja nahas itu berlaku.

De Margerie, yang memperolehi pendapatan sekitar £2 juta (RM10 juta) setahun telah mengetuai Total sejak tujuh tahun.

Keluarganya adalah pembuat champagne terkenal Perancis.

Dia berjaya membawa Total sebagai jenama global tetapi sepanjang kariernya bersama Total dipenuhi dengan kontroversi antaranya dakwaan salah guna dana untuk program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pertukaran minyak untuk makanan di Iraq yang menyaksikan sejumlah £1.1bilion bertukar tangan kepada Saddam Hussein.

Bagaimanapun selepas bertahun-tahun penyiasatan dan perbicaraan, De Margerie dan Total dibebaskan dari sebarang salahguna kuasa.

Di bawah program itu, Iraq dibenarkan menjual sebahagian kecil daripada pengeluaran minyaknya untuk ditukarkan dengan makanan disebalik sekatan dagangan yang dikenakan ke atas negara itu selepas Perang Teluk yang pertama.

Total adalah syarikat minyak ketiga terbesar di Eropah dari segi penguasaan pasaran yang terlibat di bawah program itu antara tahun 1996 hingga 2003.

Pada Mei 2013, Total bersetuju untuk melangsaikan £246 juta sebagai penyelesaian di luar mahkamah berhubung kes dakwaan membayar rasuah untuk memenangi kontrak cari gali minyak dan gas di Iran.

De Margerie meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan