Mangsa Culik Abu Sayyaf Selamat Tiba Di Manila

Diterbitkan: Sabtu, 18 Oktober 2014 10:54 AM

Okonek (kiri) dan pasangannya ketika ditemui pegawai tentera Filipina selepas dibebaskan kumpulan Abu Sayyaf di selatan negara itu pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

MANILA: Dua warga Jerman yang diculik kumpulan militan, Abu Sayyaf di selatan Filipina sejak enam bulan lalu dan diugut untuk disembelih, selamat tiba di kedutaan negara itu di Manila pada Sabtu.

Stefan Okonek, 70-an dan pasangannya Henrike Dielen, 50-an, tiba di Manila dengan menaiki pesawat peribadi dari Zamboanga selepas dibebaskan kumpulan Abu Sayyaf pada Jumaat.

"Dengan pembebasan dua warga Jerman itu, pihak keselamatan kami (Filipina) akan meneruskan usaha untuk mengawal aktiviti jenayah tersebut," kata jurucakap Presiden Benigno Aquino, Herminio Coloma dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Kementerian Luar Jerman turut mengesahkan mengenai pembebasan kedua-dua rakyatnya yang telah tiba di Manila.

"Kami ingin mengesahkan bahawa dua warga jerman yang diculik telah dibebaskan. Mereka kini berada di kedutaan di Manila untuk menerima rawatan.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan Filipina kerana berkerjasama rapat dan bertanggungjawab penuh terhadap insiden tersebut," kata jurucakap kedutaan Jerman.

Abu Sayyaf sebelum ini menuntut wang tebusan sebanyak RM18 juta bagi membebaskan kedua-dua warga Jerman itu yang diculik di perairan berhampiran Sabah pada April.

Wang tebusan itu diberikan kepada penculik sebelum pukul 3 petang waktu tempatan yang menjadi masa salah seorang daripada mangsa akan disembelih sekiranya tuntutan tidak dipenuhi. 

Tags / Kata Kunci: Abu Sayyaf , Filipina

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan