MH17: Putin Beri Jaminan Kepada Menteri Luar Australia

Diterbitkan: Sabtu, 18 Oktober 2014 5:59 PM

Vladimir Putin.

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Menteri Luar Australia Julie Bishop mengadakan perbincangan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin pada sidang kemuncak ekonomi Asia-Eropah di Itali tentang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine Julai lepas, lapor Australian Associated Press.

Dalam perjumpaan selama 25 minit itu, mereka juga berbincang tentang bahaya daripada gerakan Negara Islam (IS) dan sidang kemuncak G20 yang akan diadakan di Brisbane. 

Bishop berkata beliau mendapat jaminan daripada Putin bahawa pemimpin Rusia itu akan membantu memudahkan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan pesawat berkenaan terhempas, tetapi tidak dapat menetapkan rangka masa untuknya bertindak.
 
"Saya mengadakan perbicangan secara mendalam dengan beliau. Saya suarakan keprihatinan kami tentang pesawat Malaysia Airlines yang ditembak jatuh itu.

"Katanya beliau akan memberi respons kepada permintaan saya dengan meminta puak pemisah memberi akses itu," kata Bishop seperti yang dipetik ABC News.
 
Terdahulu, Bishop mengadakan perjumpaan dengan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov untuk berbincang tentang kepentingan akses ke tempat pesawat berkenaan terhempas.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 berkenaan dipercayai ditembak jatuh di negara yang sedang bergolak itu.

Selain rakyat Malaysia, pesawat itu juga membawa rakyat Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.

Awal minggu ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata beliau akan bersemuka dengan Putin pada sidang kemuncak G20 di Brisbane bulan depan dan kenyataan itu dikecam beberapa tokoh kanan serta pengulas politik Rusia.

Bishop berkata isu itu tidak dibangkitkan secara langsung.

Para pembantu Putin mengesahkan kepada Bishop bahawa pemimpin Rusia itu merancang menghadiri mesyuarat G20. 



Tags / Kata Kunci: Putin , MH17

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan