Tebusan Jerman Dibebaskan

Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2014 10:45 PM

Gambar fail menunjukkan kedua-dua tebusan Jerman ditawan oleh Abu Sayaff.

(Ubah saiz teks)

ZAMBOANGA CITY (Filipina): Kumpulan Abu Sayyaf pada Jumaat malam berkata mereka sudah membebaskan dua tawanan rakyat Jerman - Viktor Stefan Okonek dan Henrite Dielen setelah menerima wang tebusan berjumlah P250mil (RM18 juta).

Okonek dan Dielen dibebaskan pukul 8.45 malam di bandar Patikul di Sulu, kata Abu Rami, jurucakap Abu Sayyaf.

Rami berkata wang tebusan telah dibayar sepenuhnya, “walang labis, walang kulang (tidak lebih, tidak kurang)."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan