Abu Sayyaf Ugut Sembelih Warga Jerman Jika Tuntutan Tidak Dipenuhi

Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2014 12:13 PM

Stefan Viktor Okonek dan isteri akan disembelih oleh Abu Sayyaf jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

(Ubah saiz teks)

MANILA: Kumpulan Militan di selatan Filipina, Abu Sayyaf mengugut untuk menyembelih seorang daripada pasangan rakyat Jerman yang ditawan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Abu Sayyaf menuntut tebusan sebanyak 250 juta pesos (RM18 juta) selain mendesak kerajaan Jerman menghentikan serangan terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria.

Kumpulan militan berkenaan mengugut untuk menyembelih seorang daripada dua warga Jerman itu pada Jumaat.

Komander Tentera Filipina di Jolo, Colonel Allan Arrojado berkata, berikutan itu, pihaknya telah mengarahkan lebih banyak rondaan dibuat untuk mengesan mangsa.

"Kami telah bersedia untuk operasi penguatkuasaan.

"Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk tidak membahayakan nyawa mereka," katanya kepada pemberita.

Mangsa, Stefan Viktor Okonek dalam satu temubual radio pada Rabu berkata, dia telah dikurung di dalam lubang yang dikatakan akan menjadi kuburnya jika tuntutan kumpulan itu tidak dipenuhi.

"(Abu Sayyaf) memberitahu lubang ini adalah kubur saya," katanya.

Pasangan itu ditawan ketika berlayar di sekitar Palawan berhampiran Sabah pada April lalu.

Jurucakap kumpulan militan itu, Abu Rami berkata, mereka akan memenggal kepala warga Jerman itu pada pukul 3 petang waktu tempatan sekiranya tuntutan yang dibuat tidak dipenuhi.



Tags / Kata Kunci: Abu Sayyaf , Manila , Filipina

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan