Ebola: Perancis Mulakan Pemeriksaan Kesihatan Di Lapangan Terbang Sabtu Ini

Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 6:37 PM

Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle dekat Paris, Perancis. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

PARIS: Perancis akan memulakan pemeriksaan kesihatan terhadap penumpang yang menaiki penerbangan dari Guinea, negara yang terjejas teruk akibat penularan wabak Ebola, bermula Sabtu ini.

Pasukan perubatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle di Perancis akan mengesan suhu penumpang yang tiba menggunakan penerbangan yang masih beroperasi dari ibu negara Guinea, Conakry, kata Menteri Kesihatan, Marisol Touraine kepada AFP.

Pemeriksaan itu akan dijalankan oleh kakitangan perubatan dengan bantuan Palang Merah dan khidmat tindakan kecemasan Perancis, sebelum penumpang memasuki bangunan lapangang terbang berkenaan.

Perancis dan Palang Merah turut akan membantu Guinea untuk mempertingkatkan pemeriksaan sedia ada bago penumpang yang menaiki penerbangan di Conakry.

"Langkah berjaga-jaga yang pertama ini bagi memastikan seseorang yang mengalami deman tidak menaiki pesawat," kata Touraine kepada radio Perancis.

Para penumpang turut akan diminta mengisi borang soal selidik yang membolehkan mereka dikesan sekiranya diperlukan selepas pesawat mendarat.

Perancis pada Rabu mengumumkan bahawa ia akan mula melaksanakan pemeriksaan kesihatan terhadap penumpang yang tiba dari negara-negara dilanda wabak Ebola menggunakan pengangkutan udara, seperti yang dilakukan oleh Britain, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Setakat ini, Ebola mengorbankan hampir 4,500 orang, dengan majoritinya di negara-negara Afrika Barat iaitu Liberia, Sierra Leone dan Guinea sejak wabak Ebola mengganas awal tahun ini. - AFP

Tags / Kata Kunci: Charles de Gaulle , Ebola

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan