- Berita Dunia | mStar

Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 6:46 PM

Ini adalah kejadian letupan yang berlaku di Peshawar, Pakistan pada 2 Oktober 2014. Peshawar terletak di kawasan bergolak dan separuh autonomi di Pakistan yang mana membawa senjata adalah pemandangan biasa di sini seolah-olah di zaman koboi.

(Ubah saiz teks)

PESHAWAR: Seorang pengebom berani mati telah meletupkan dirinya dalam satu pertemuan jawatankuasa damai di sebuah wilayah yang bergolak Pakistan pada Rabu, mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang dan mencederakan tujuh yang lain.

Kejadian itu berlaku di Kampung Pir Mela di wilayah Khyber yang bergolak dengan pertikaian etnik, 100 kilometer dari sini.

Sementara itu jurucakap kepada Gobenor wilayah Khyber-Pakhtunkhawa, Mehtab Ahmed Khan ketika dihubungi agensi berita AFP, berkata, tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab ke atas kejadian itu.

Sejak 2004, Kerajaan Pusat Pakistan bertungkus lumus menentang kebangkitan puak Taliban di wilayah separuh autonomi ini tetapi masih gagal menghapuskan gerakan tersebut sepenuhnya.


Tags / Kata Kunci: Peshawar , Pashtun , Pakistan , Taliban
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan