Novelis Australia Richard Flanagan Menang Anugerah Berprestij Man Booker Prize

Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 6:15 PM

Richard Flanagan tersenyum di sebalik novelnya berjudul "The Narrow Road to the Deep North" yang diumumkan sebagai penerima anugerah Man Booker Prize iaitu anugerah kesusasteraan berprestij di London pada petang Selasa, 14 Oktober 2014.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Novelis Australia, Richard Flanagan telah diumumkan sebagai penerima anugerah kesusasteraan berprestij Britain iaitu Man Booker Prize untuk novelnya "The Narrow Road to the Deep North", yang diilhamkan di atas pengalaman bapanya sebagai tawanan perang.

Novel itu mengisahkan pengalaman seorang doktor bedah, Dorrigo Evans, yang terpenjara di dalam sebuah kem tahanan Jepun  setelah dia menjadi tawanan perang dan dipaksa bekerja membina landasan kereta api di sempadan Thailand-Burma.

"Dua tema terhebat dalam mana-mana asal usul kesusasteraan ialah tentang percintaan dan peperangan. Cerita yang terkandung di dalam novel ini ialah kisah cinta dan perang yang hebat," kata tokoh akademik, AC Grayling, yang menyampaikan hadiah berkenaan dalam satu majlis yang berlangsung di London Guildhall pada petang Selasa sambil menambah "Ini adalah buku yang ditakdirkan untuk ditulis oleh Richard Flanagan. Dia dilahirkan untuk menulis cerita ini."

Flanagan adalah warga Australia yang ketiga untuk memenangi hadiah kesusasteraan ini yang datang bersama sebuah trofi dan hadiah wang tunai sebanyak Pound Sterling 50,000 (RM250,000).

Dalam temuramah dengan stesen BBC selepas menerima anugerah tersebut, penulis berusia 53 tahun itu menegaskan idea tentang kisah kereta api maut itu sentiasa mempengaruhi kehidupannya.

"Ketika kanak-kanak, ayah sentiasa menyebut beberapa perkataan Jepun dan yang paling digemarinya ialah san byaku san ju go iaitu nombor tahanannya - 335 - ketika dia menjadi buruh paksa tentera Jepun membina landasan maut di sempadan Thailand-Burma," kata Flanagan.

Sejak itu, bagi Flanagan, ia adalah satu misteri yang aneh yang dia adalah anak kepada mangsa landasan kereta api maut dan sebagai seorang penulis dia sentiasa ingin merungkai cerita di sebalik kisah itu semua.

Flanagan mengambil masa 12 tahun untuk menghabiskan cerita di dalam novel tersebut yang mana pada hari dia menaip noktah terakhir pada novelnya itu, dia menerima berita kematian bapanya.

Apa yang menakjubkan ialah Flanagan meninggalkan persekolahan ketika dia berusia 16 tahun tetapi kemudiannya memenangi biasiswa untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti Oxford untuk melengkapkan ijazah sarjana dalam bidang persuratan.

Dia bermula dengan menulis buku sejarah sebelum beralih kepada fiksyen.

Anugerah The Man Booker bermula pada 1969 dan merupakan satu anugerah berprestij dalam dunia kesusasteraan antarabangsa. Untuk disenarai pendekkan di dalam anugerah ini sudah memadai untuk melonjakkan nilai komersial sesebuah buku apatah lagi memenanginya.

Novel The Garden of Evening Mists hasil karya novelis Malaysia, Tan Twan Eng yang diterbitkan pada 2012 pernah dicalon dan disenarai pendekkan untuk anugerah ini tahun lalu.

Sebelum ini, Man Booker Prize hanya terbuka kepada naskhah asli yang dihasilkan dalam bahasa Inggeris oleh warganegara Komanwel, Ireland dan Zimbabwe sahaja tetapi tahun ini dibuka kepada penulis-penulis dari Amerika Syarikat.

Tindakan tersebut menerima kritikan daripada pelbagai pihak termasuk penulis-penulis dari benua Asia dan Komanwel.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan