Kakitangan Kesihatan UK Mogok Buat Pertama Kali Sejak 1982

Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2014 6:01 PM

Isu penolakan kenaikan gaji menyebabkan ribuan pekerja perkhidmatan kesihatan di UK mengadakan mogok yang pertama kali sejak 1982.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Beribu kakitangan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain (NHS) melancarkan mogok pada Isnin iaitu yang pertama sejak 1982 berikutan keputusan kerajaan untuk menolak kenaikkan gaji mereka.


Kakitangan NHS dari jururawat, krew ambulans sehinggalah kepada bidan berhenti bekerja selama empat jam bermula pukul 7 pagi waktu tempatan.

Perkhidmatan Jabatan Kecemasan bagaimanapun tidak terlibat dengan mogok ini tetapi pihak kesatuan menyeru para pesakit membatalkan temujanji mereka sekiranya boleh.

Tindakan mogok ini adalah untuk memberi tekanan kepada kerajaan khususnya Setiausaha Kesihatan, Jeremy Hunt, yang dengan mentah-mentah menolak syor pihak kesatuan agar dibentuk sebuah panel bebas bagi mengkaji permintaan kenaikan gaji minimum satu peratus.

Hunt bersetuju untuk melaksanakan kenaikan gaji satu peratus itu tetapi terhad kepada empat pekerja dari kalangan setiap 10 orang yang tidak berpeluang mendapat kenaikan gaji sebelum ini.

"Majoriti kakitangan NHS memperolehi kenaikan gaji secara automatik sebanyak tiga peratus tetapi kerajaan tidak berupaya untuk memberi kenaikan satu peratus kepada mereka yang telah memperolehi kenaikan automatik ini," kata Hunt.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja (TUC), Frances O'Grady, menegaskan moral kakitangan NHS kini jatuh merudum.

Pihak kesatuan berhujah, kenaikan gaji tahunan yang rendah campur inflasi bermakna nilai bayaran gaji kakitangan NHS jatuh sebanyak 12 peratus sejak 2011.

Di antara pihak kesatuan yang terlibat dalam mogok ini termasuklah kakitangan Kolej Diraja Perbidanan yang akan mencatat sejarah menyertai mogok buat pertama kalinya sepanjang 133 tahun kewujudan kolej ini.

Anggota kesatuan yang mengambil bahagian dalam mogok ini melibatkan 400,000 pekerja dari kalangan 1.3 juta staf NHS di seluruh United Kingdom dan Ireland Utara.

NHS merupakan salah satu daripada majikan terbesar di dunia.

Menakjubkan, hanya angkatan tentera Republik Rakyat China, Jabatan Kereta Api India dan rangkaian pasar raya Amerika, Wal-Mart yang memiliki kakitangan melebihi NHS.

Dibentuk pada 1948 dan dibiayai sepenuhnya oleh pembayar cukai, NHS menawarkan perkhidmatan kesihatan universal secara percuma pada saat seseorang itu dilahirkan.

Mogok yang dilancarkan ini hanya muncul tujuh bulan sebelum Britain berhadapan dengan pilihan raya umum pada Mei tahun depan.

Parti pembangkang yang diketuai oleh Parti Buruh mendakwa, kerajaan Konservatif yang memerintah sekarang berhasrat untuk menswastakan perkhidmatan kesihatan yang kemudiannya dinafikan oleh Perdana Menteri David Cameron.

Tags / Kata Kunci: NHS , mogok , gaji , Britain

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan