Schumacher "Perlahan-Lahan Makin Sedar"

Diterbitkan: Ahad, 12 Oktober 2014 5:24 PM

Peminat masih mengharapkan Schumacher sembuh daripada kecederaan yang dialaminya.

(Ubah saiz teks)

JAGUH lumba Formula 1, Michael Schumacher dikatakan "perlahan-lahan makin sedar" selepas mengalami kecederaan otak yang teruk akibat kemalangan ketika bermain ski di Pergunungan Alps pada Disember lalu.


Berita baik mengenai pelumba berusia 45 tahun itu disampaikan anaknya yang juga pemandu litar go-kart, Mick.



Pengulas sukan F1 Perancis, Jean-Louis Moncet pula memberitahu stesen radio Europe 1:"Saya bertemu anak lelakinya yang memaklumkan bahawa Schumi secara perlahan-lahan semakin sedar.

"Walaupun semuanya berlaku dengan perlahan tetapi dia masih ada harapan."

Moncet juga mengesahkan Schumacher masih 'bertarung' di rumah agam miliknya di Switzerland di mana dia menerima rawatan 24 jam di sebuah bilik khas.



Juara tujuh kali kejohanan dunai itu pulang ke kediamannya bersama isteri dan anak mereka dua bulan lalu selepas dibenarkan keluar dari klinik pemulihan di Lausanne.

Schumacher menghabiskan masa di klinik itu sebaik sedar dari koma selepas kemalangan itu.

Sebelum ini, Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa, Jean Todt yang melawat Schumacher bulan lalu berkata:"Apa yang penting dia masih hidup dan keluarganya bersama dengannya. Kami percaya keadaan akan menjadi lebih baik. Dia perlukan masa dan tidak perlu diganggu."

Ketika ini, Schumacher dijaga pasukan pakar seramai 15 orang di kediaman mewahnya dengan anggaran kos £100,000 sebulan.


Tags / Kata Kunci: Michael Shumacher , Mick , Moncet

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan