Pekerja Penjagaan Kesihatan Orang Kedua Positif Ebola Di AS - Berita Dunia | mStar

Pekerja Penjagaan Kesihatan Orang Kedua Positif Ebola Di AS

Diterbitkan: Ahad, 12 Oktober 2014 7:36 PM

Hospital Kesihatan Presbyterian, Texas, Dallas, di mana pesakit Ebola Thomas Eric Duncan dirawat sebelum meninggal dunia Rabu lalu.

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Pekerja penjagaan kesihatan di Texas yang merawat seorang lelaki yang kemudiannya meninggal dunia akibat Ebola didapati positif penyakit tersebut dalam ujian awal, menurut doktor, Ahad.

Pekerja itu merupakan orang kedua yang disahkan menghidap Ebola di Amerika Syarikat (AS). 

"Kita tahu kes kedua boleh menjadi kenyataan, dan kita telah bersedia untuk kemungkinan ini," kata Dr David Lakey, Pesuruhjaya Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Negeri Texas. 

"Kami sedang memperluaskan pasukan kami di Dallas dan berusaha keras untuk mengelakkan ia terus merebak."

Pekerja penjagaan kesihatan berkenaan demam dengan suhu rendah malam Jumaat dan telah diasingkan serta dirujuk untuk ujian, perkhidmatan kesihatan Texas berkata dalam satu kenyataan.

Identiti pekerja berkenaan tidak dinyatakan, begitu juga maklumat terperinci bagaimana dia terdedah kepada virus itu.

Kenyataan itu menambah: "Para pegawai kesihatan telah menemuramah pesakit dan mengenal pasti mana-mana kenalan atau potensi pendedahan. Orang-orang yang mempunyai hubungan dengan pekerja penjagaan kesihatan tersebut yang menunjukkan gejala akan dipantau berdasarkan sifat interaksi mereka dan potensi mereka terdedah kepada virus."

Pekerja penjagaan kesihatan tersebut adalah dari Hospital Kesihatan Presbyterian Texas di Dallas, hospital yang merawat Thomas Eric Duncan, lelaki Liberia yang meninggal dunia pada Rabu.

Tags / Kata Kunci: Ebola , Ebola kedua
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan