Video: Wanita AS Hidap Kanser Rancang 'Kematian Bermaruah'

Diterbitkan: Sabtu, 11 Oktober 2014 10:39 AM

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) yang baharu berkahwin dan disahkan menghidap kanser telah mengumumkan rancangan untuk menamatkan hayatnya pada 1 November dengan bermaruah dan tanpa melalui kesakitan.

Pada Januari, Brittany Maynard, 29,  yang menderita akibat kanser otak diberikan jangkaan masa enam bulan untuk hidup dan diberitahu akan mengalami kesakitan akibat tindak balas agresif semula jadi penyakitnya.

Pada masa itu dia berusaha untuk mendapatkan anak pertama bersama suaminya, Dan, tetapi putus harapan disebabkan oleh kanser.

"Apa yang terlintas di fikiran anda apabila anda mengetahui anda mempunyai masa yang sedikit hanyalah untuk mengucapkan semuanya kepada semua orang yang anda sayang," katanya dalam video yang telah dilihat lebih dari 5.5 juta kali di YouTube.

Maynard dan suaminya Dan, baharu sahaja berkahwin apabila dia mengalami sakit kepala yang teruk, berpindah dari rumah mereka di California ke Oregon, salah satu dari segelintir negara yang mempunyai penguatkuasaan undang-undang mengakhiri hidup dengan cara menenangkan.

Seorang doktor menetapkan ubat yang diperlukan untuk menamatkan hidupnya sendiri, dikelilingi oleh keluarganya di dalam bilik tidur yang dikongsi dengan suaminya.

Maynard kini mengambil ubat-ubatan untuk menghadkan bengkak di bahagian otak, tetapi mempunyai kesan sampingan yang membuatkan berat badannya naik.

Dia bersetuju untuk membuat video selama enam minit setengah mengenai kesnya tetapi berkata ia bukan untuk mendapatkan perhatian sebaliknya untuk berkongsi kisahnya, menurut laman web kutipan dana untuk Maynard.


Tags / Kata Kunci: kanser otak , kematian bermaruah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan