3 Orang Awam Maut Akibat Serangan Di Donetsk

Diterbitkan: Sabtu, 11 Oktober 2014 5:35 PM

Seorang wanita berada dekat keretanya yang hangus terbakar akibat serangan di bandar Donetsk, timur Ukraine pada Jumaat. Foto AP

(Ubah saiz teks)

KIEV: Tiga orang awam maut dalam serangan di Donetsk, timur Ukraine dalam tempoh 24 jam lalu, kata pihak berkuasa tempatan pada Sabtu berhubung kematian terbaharu akibat pencabulan gencatan senjata di kawasan bergolak itu.

"Berdasarkan pemantauan tentera di Donetsk pada 10 Oktober, tiga orang awam maut dan empat lagi cedera dan dimasukkan ke hospital," kata dewan bandar raya Donetsk dalam satu kenyataan.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 300 orang maut sejak satu gencatan senjata ditandatangani pada 5 September lalu.

Pihak berkuasa Ukraine melaporkan seramai 118 orang awam dan tentera Ukraine maut, tanpa melibatkan kematian pemberontak.

Tentera Ukraine mengadakan kawalan di lapangan terbang antarabangsa Donetsk di timur laut bandar itu sejak Mei lalu, berikutan serangan berlaku hampir setiap hari.

Turut dikawal ialah beberapa perkampungan di timur bandar itu.

Tentera Ukraine pada Sabtu berkata, pangkalannya telah diserang di kawasan Donestk dan Lugansk pada malam sebelumnya. 

Ketua pemberontak di wilayah Donetsk, Alexander Zakharchenko berkata, pada minggu ini perjanjian antara puak pemisah dan komander Kiev akan menyaksikan tentera Ukraine menyerahkan beberapa kampung untuk mewujudkan zon bebas antara dua pihak yang bertelagah seperti mengadakan gencatan senjata.

Bagaimanapun, tentera Ukraine menafikan sebarang laporan mengenai perjanjian bersama puak pemisah mengenai penyerahan mana-mana wilayah. - AFP


Tags / Kata Kunci: Donetsk

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan