MH17: Ada Mangsa Ditemui Pakai Topeng Oksigen

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 9:43 PM

Frans Timmermans.

(Ubah saiz teks)

THE HAGUE: Mayat salah seorang mangsa nahas pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada Julai lalu ditemui dalam keadaan memakai topeng oksigen.

Penemuan yang disahkan oleh Menteri Luar Belanda, Frans Timmermans dan pendakwa raya itu menguatkan lagi kemungkinan bahawa beberapa penumpang mengetahui pesawat tersebut akan terhempas.

"Anda tahu ada beberapa mayat penumpang ditemui memakai topeng oksigen dan mempunyai masa untuk berbuat demikian," kata Timmermans dalam satu temu bual bersama sebuah stesen televisyen tempatan pada Rabu.

Pendakwa raya dari Belanda mengesahkan pada Khamis bahawa mereka sedang melakukan siasatan selepas beberapa topeng oksigen ditemui tersangkut pada leher mangsa nahas.

"Masa sebenar dan bila topeng tersebut dipakai oleh mangsa tidak diketahui.

"Institut Forensik Belanda memeriksa topeng bagi mengesan cap jari, air liur dan DNA mangsa tetapi tiada keputusan didedahkan daripada siasatan itu," kata pendakwa raya.

Tags / Kata Kunci: MH17 , topeng oksigen , Ukraine

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan