Korban Gunung Ontake Jepun Kini 53 Orang Dengan Penemuan 2 Mayat Lagi

Diterbitkan: Selasa, 7 Oktober 2014 1:42 PM

Gambar letusan Gunung Berapi Ontake ini telah dirakam di puncak pada 27 September lalu oleh pendaki berusia 59 tahun, Izumi Noguchi yang kemudiannya menjadi mangsa kepada letusan tersebut. Gambar ini yang diperolehi daripada cip memori kamera Noguchi kemudiannya telah dicetak oleh isteri mangsa, Hiromi, untuk diedarkan kepada media massa pada 3 Oktober baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Pasukan penyelamat pada Selasa telah menemui dua mayat lagi di bawah timbunan abu gunung berapi di tengah negara ini menjadikan jumlah korban Gunung Berapi Ontake kepada 53 orang.

Menurut laporan agensi berita antarabangsa AFP, 12 orang pendaki lagi masih diklasifikasikan sebagai 'hilang' dan nasib mereka tidak diketahui sewaktu berita ini ditulis.

Gunung berapi tersebut yang terletak di wilayah Nagano di tengah Jepun, mula meletus tanpa tanda-tanda amaran awal pada 27 September lalu ketika ramai pendaki sedang mendakinya.

Sejak letusan yang pertama itu, usaha mencari dan menyelamat telah melibatkan lebih seribu anggota polis, askar, jabatan pertahanan awam, bomba dan pasukan penyelamat yang lain.

Selepas seminggu gunung berapi tersebut meletuskan asap dan debu, ia telah membentuk lapisan lumpur setinggi paras lutut yang menyukarkan lagi pasukan mencari dan menyelamat melaksanakan operasi.

Sebahagian besar mangsa Gunung Ontake setinggi 3,067 meter (10,121 kaki) itu mati ketika mereka sedang menikmati makan tengah hari di puncak di bawah panas matahari musim luruh.

Tags / Kata Kunci: Gunung Ontake , Jepun

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan