Taufan Phanfone Melanda Jepun, Enam Hilang Dikhuatiri Maut

Diterbitkan: Isnin, 6 Oktober 2014 11:01 PM

Ombak besar yang melanda sebuah pelabuhan di bandar Kihou pada Isnin apabila taufan Phanfone membadai dekat Tokyo, Jepun. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

SERAMAI enam orang hilang atau dikhuatiri maut berikutan taufan Phanfone yang melanda Tokyo, Jepun pada awal pagi Isnin.

Seorang juruterbang Amerika Syarikat (AS) yang berpangkalan di Okinawa merupakan salah seorang yang disahkan maut, selepas dihanyutkan ke laut pada petang Ahad ketika mengambil gambar ombak besar di bahagian utara pulau itu.

Tiga lagi juruterbang warga AS dihanyutkan bersama seorang yang maut. Seorang terselamat manakala dua lagi masih hilang.

Seorang peluncur air berusia 21 tahun merupakan seorang lagi yang hilang di Laut Pasifik itu, di luar pantai barat daya Tokyo.

Pasukan penyelamat sedang melakukan pencarian di lokasi tanah runtuh di Yokohama di mana seramai dua orang dilaporkan hilang dalam kejadian itu.

Penyiar NHK melaporkan bahawa secara keseluruhan, 23 orang cedera di seluruh negara itu.

Taufan yang mengganas itu melanda pantai di Tokyo pada kira-kira pukul 11 pagi Isnin, dan bergerak ke timur laut sebelum ia ke arah Laut Pasifik.

Kira-kira 1.7 juta orang dinasihatkan untuk mendapatkan perlindungan, dengan 50,000 diarahkan berpindah di wilayah Shizuoka di tengah Jepun di mana berisiko tinggi bagi kejadian tanah runtuh dan banjir.

Seramai 5,000 lagi dipindahkan di Aichi. Dianggarkan 9,000 kediaman di tujuh wilayah kehilangan tenaga elektrik berikutan taufan yang terus membadai tengah Jepun. - dailymail.co.uk


Tags / Kata Kunci: taufan Phanfone

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan