Itu Bukan Kapal Columbus Kata Unesco

Diterbitkan: Isnin, 6 Oktober 2014 7:14 PM

Peta menunjukkan pengembaraan Columbus yang pertama ke benua baru iaitu kepulauan Carribean di Amerika Tengah.

(Ubah saiz teks)

PARIS: Para pakar sejarah di Unesco (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) pada Isnin merumuskan, bangkai kapal yang dikatakan milik pengembara dan penjelajah termasyur dunia, Christopher Columbus yang ditemui di gugusan Pulau Haiti, sebenarnya bukan miliknya.

Kenyataan itu bercanggah dengan dakwaan yang dibuat oleh para arkeologi Amerika Syarikat baru-baru ini yang mendakwa bangkai kapal tersebut adalah milik Columbus dalam pengembaraannya yang pertama ke benua Amerika.

"Pakar-pakar sejarah kami kini boleh mengesahkan tanpa ragu-ragu lagi bahawa bangkai kapal yang dikatakan milik Columbus itu sebenarnya adalah bangkai kapal yang datang jauh terkemudian daripada itu," jelas satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Unesco pada Isnin.

Sebelum ini, pada Mei, penjelajah bawah air dari Amerika, Bill Clifford mengumumkan yang dia percaya bangkai kapal yang ditemuinya di pesisir pantai Haiti adalah Santa Maria, salah satu daripada tiga buah kapal dalam rombongan eksplorasi pertama Columbus merentasi Lautan Atlantik ke Amerika lebih 500 tahun lalu.

Pengumuman yang dibuat oleh Clifford itu mendorong Unesco untuk menghantar sekumpulan pakarnya sendiri ke tempat bangkai kapal itu ditemui.

Hasilnya? Ia bukan Santa Maria - kapal milik Columbus.

Tags / Kata Kunci: Christopher Columbus , Santa Maria , Unesco , Haiti

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan