Arab Saudi Isytihar Musim Haji Tahun Ini Bebas Wabak Penyakit, Kuarantin

Diterbitkan: Isnin, 6 Oktober 2014 11:59 PM

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Arab Saudi mengisytiharkan musim haji tahun ini bebas daripada wabak penyakit dan kuarantin, dengan semua jemaah sihat dan dalam keadaan baik.

Saudi Press Agency melaporkan pemangku Menteri Kesihatan Arab Saudi, Adel Mohammed Faqih, membuat pengisytiharan itu pada sidang akhbar di hospital kecemasan Mina dekat sini Isnin. 

Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Arab Saudi, Dr Hassan al-Bushra, pula mengucapkan tahniah kepada kerajaan negara ini di atas pencapaiannya menangani pengurusan kesihatan jemaah.

Agensi berita itu melaporkan wakil WHO bagi intervensi pantas, Dr Amnah Yahya Alshayeb, turut memuji perkhidmatan, keupayaan dan sumber manusia kerajaan Arab Saudi di Tanah Suci serta pencapaiannya bagi musim haji tahun ini. 

Sementara itu, portal berita Arab News melaporkan Adel Fakeih sebagai berkata bahawa 70 orang yang disyaki mempunyai Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS), iaitu virus penyakit pernafasan, didapati negatif virus korona itu.

Kira-kira dua juta umat Islam dari 163 negara menunaikan ibadah haji tahun ini, dan Kementerian Kesihatan dilaporkan telah mengambil ribuan pekerja kesihatan untuk memastikan jemaah dilindungi daripada dua virus yang boleh membawa maut iaitu Ebola dan MERS.

Dalam usahanya membendung penyakit itu, kerajaan Arab Saudi menubuhkan pusat pemantauan di lapangan-lapangan terbang dengan menempatkan kamera yang mengesan suhu badan dan melakukan saringan kesihatan terhadap jemaah.

Selain itu, sebanyak 15 bilik pengasingan bagi kes-kes yang disyaki turut disediakan di Lapangan Terbang Raja Abdulaziz di Jeddah.

Menurut portal berita itu, Arab Saudi adalah negara yang paling teruk terjejas akibat MERS, yang mengorbankan 322 orang di negara ini sejak ia dikesan buat kali pertama pada September 2012.

Pada Ahad, Kementerian Kesihatan melaporkan dua lagi kematian akibat MERS iaitu satu di Riyadh dan satu lagi di Taif, 80 kilometer ke timur Makkah.

Wabak Ebola yang mengorbankan lebih 3,000 orang di Afrika Barat menyebabkan jemaah haji dari negara-negara paling teruk dilanda wabak itu iaitu Guinea, Liberia dan Sierra Leone, tidak dibenarkan menunai haji tahun ini.

Tags / Kata Kunci: Haji

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan