Belgium Mulakan Serangan Terhadap IS

Diterbitkan: Isnin, 6 Oktober 2014 12:01 PM

(Ubah saiz teks)

BRUSSELS: Pesawat tempur (F-16) milik Belgium pada Ahad memulakan pengeboman terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) di Iraq, menurut Kementerian Pertahanan negara itu.

Belgium turut menyertai misi memusnahkan IS yang diketuai AS dengan menghantar sebanyak enam buah pesawat F-16.

"Dua daripada enam pesawat telah memulakan misi membantu tentera Kurdish yang melakukan serangan dari darat.

"Selepas mengenal pasti kumpulan militan yang menyerang pasukan keselamatan Iraq, pesawat tempur telah diminta melancarkan serangan pertama," katanya dalam satu kenyataan.

Parlimen Belgium sebelum ini meluluskan negara itu membantu AS melakukan serangan terhadap IS.

Bagaimanapun negara itu hanya melakukan serangan di Iraq bersama Perancis, British, Denmark dan Belanda.

Manakala AS dan kumpulan negara arab lain melakukan serangan udara terhadap IS di Syria.

Tags / Kata Kunci: Belgium

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan