Bayi 6 Bulan Maut Diserang Anjing

Diterbitkan: Ahad, 5 Oktober 2014 8:46 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG bayi perempuan berusia enam bulan maut selepas diserang seekor anjing ketika berada di rumah neneknya di Daventry, Northamptonshire, England pada Sabtu.

Polis Northamptonshire berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.30 Jumaat bahawa terdapat seekor anjing telah menyerang bayi perempuan dan melarikannya.

Polis yang berjaya mengesan anjing jenis pitbull tersebut kemudian terpaksa membunuh binatang berkenaan.

Ketika kejadian, ibu bayi itu dikatakan keluar dari rumah dan meninggalkan mangsa bersama neneknya.

Bagaimanapun anjing liar itu telah memasuki rumah tersebut dan melarikan bayi berkenaan dalam keadaan ngeri.

Sementara itu kejiranan di Daventry sebelum ini telah menggelar anjing berkenaan sebagai 'anjing syaitan' kerana sering menyerang binatang peliharaan lain.

Mereka juga tidak menyangkakan bahawa anjing liar itu akhirnya akan membunuh manusia dalam keadaan ngeri

Tags / Kata Kunci: Anjing Liar , England

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan