Isis Sembelih Pekerja Bantuan Kemanusiaan British - Berita Dunia | mStar

Isis Sembelih Pekerja Bantuan Kemanusiaan British

Diterbitkan: Sabtu, 4 Oktober 2014 10:05 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG pekerja bantuan kemanusiaan British, Alan Henning dilaporkan telah disembelih oleh militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis), Jihadi John yang juga warga negara sama menerusi sebuah video yang ditayangkan kumpulan tersebut menerusi dalam talian.

Sebelum dibunuh, Henning yang kelihatan cengkung telah diberi peluang memberi ucapan pendek dengan menyalahkan Parlimen British kerana membenarkan serangan terhadap Iraq dan Syria.

Video yang memperlihatkan John berucap dalam bahasa Inggeris itu terhenti seketika apabila militan terbabit melangkah untuk menyembelih mangsa.

Bagaimanapun video yang bersambung kemudiannya menyaksikan tubuh dan kepala Henning telah berasingan.

Henning dalam ucapannya berkata, "Saya Alan Henning, disebabkan parlimen kita (British) membuat keputusan untuk menyerang negara Islam, saya sebagai rakyat British terpaksa 'membayar' terhadap keputusan tersebut," katanya.

Dalam Video itu, Henning kelihatan tidak bermaya dan lesu berbanding kebiasaannya, malah matanya juga seperti membengkak.


Tags / Kata Kunci: Isis , British
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan