Ribuan Sertai Protes 'Revolusi Payung' Di Hong Kong

Diterbitkan: Khamis, 2 Oktober 2014 11:57 AM

Penyokong pro-demokrasi berkumpul di sekitar bangunan kerajaan di Hong Kong.

(Ubah saiz teks)

HONG KONG: Ribuan penunjuk perasaan pro-demokrasi berkumpul di luar bangunan kerajaan mendesak Ketua Eksekutif Hong Kong berundur.

Kira-kira 200 anggota polis yang dilengkapi dengan topi keledar rusuhan, topeng gas dan perisai bersiap sedia untuk berhadapan pelbagai kemungkinan.

Difahamkan kumpulan penunjuk perasaan itu akan menyerbu dan menduduki bangunan kerajaan sebagai sebahagian daripada misi protes.

"Kami cuba untuk mengepung kompleks kerajaan secara keseluruhan dan tunggu CY (Leung) untuk kembali bekerja pada hari Jumaat (selepas cuti umum pada Khamis).

"Kami mahu bercakap dengan beliau secara bersemuka," kata salah seorang penunjuk perasaan, Thomas Choi kepada AFP.

Perhimpunan menyokong 'Revolusi Payung' Hong Kong turut diadakan di Times Square,
 New Yowk.
Penunjuk perasaan itu menentang keputusan Beijing bulan lalu bahawa calon dalam pilihan raya 2017 perlu disahkan terlebih dulu oleh jawatankuasa yang sebahagian besarnya terdiri daripada golongan elit pro-Beijing.

Payung menjadi simbol pergerakan bantahan awam di Hong Kong di mana penunjuk perasaan menggunakan payung untuk mengelakkan semburan lada polis.

Selain itu protes berkenan turut diadakan di luar Hong Kong termasuk di beberapa lokasi seperti New York, Paris serta Sweden bagi menyokong penunjuk perasaan pro-demokrasi di Hong Kong.
Tags / Kata Kunci: Revolusi Payung , Hong Kong

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan