Enam Maut, Bas Tentera Diserang Di Kabul

Diterbitkan: Rabu, 1 Oktober 2014 5:30 PM

Pasukan tentera mengawal kawasan yang menjadi sasaran puak Taliban. Selepas dua bas tentera diletupkan oleh mereka di Kabul pada Rabu. Enam orang terbunuh dalam dua insiden berasingan tersebut.

(Ubah saiz teks)

KABUL: Dua pengebom Taliban meletupkan bas tentera di Kabul pada Rabu mengakibatkan enam orang terbunuh dalam dua serangan.

Puak Taliban yang menentang perjanjian keselamatan Afghanistan dengan Amerika Syarikat, mendakwa bertanggungjawab bagi kedua-dua pengeboman awal pagi Rabu ke atas bas yang membawa kakitangan tentera itu.


"Terdapat dua kejadian pengeboman nekad menyasarkan bas yang membawa kakitangan warga Afghanistan," kata Pegawai Penyiasat Polis Kabul,Farid Afzali.

Pihak Taliban mendakwa sekurang-kurangnya 20 askar terbunuh tetapi laporan awal menyatakan hanya enam orang maut.

Tags / Kata Kunci: Taliban , Kabul

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan