Ebola: Kes Pertama Dikesan Di Amerika Syarikat

Diterbitkan: Rabu, 1 Oktober 2014 5:33 PM

(Ubah saiz teks)

KES pertama wabak Ebola dikesan di Amerika Syarikat selepas dua hari lelaki berkenaan hanya diberikan antibiotik ketika mendapatkan rawatan kesihatan di sebuah hospital di Dallas.


Pesakit yang dirahsiakan identitinya itu kini ditempat di bilik berasingan di Hospital Presbyterian Texas  sejak Ahad.

Lelaki itu dikatakan ke Liberia sebelum tiba di Dallas.

Bagaimanapun, kewarganegaraan lelaki itu tidak didedahkan.

Sementara itu, kenyataan pegawai pentadbiran bandar Dallas memaklumkan, lelaki itu ke AS untuk melawat saudaranya.

Dr Edward Goodman menerusi laman webnya memberitahu Dallas News 'lelaki itu tidak ke hospital lain di kawasan ini."

#Pesakit didiagnos dengan #Ebola dibenarkan pulang dan diberikan antibiotik," demikian tweet CBS DFW yang tersebar berhubung perkara itu.

Datuk Bandar Dallas, Mike Rawling memberitahu stesen televisyen sama, "Kami mengkuarantin kedua-dua kru ambulans yang membawa pesakit berkenaan ke hospital untuk mengelak penyebaran virus itu.

"Pusat kecemasan juga dibentuk do Dewan Bandaraya Dallas untuk meneliti protokol berkaitan pengendalian penyakit itu termasuk mengambil langkah pencegahan untuk menjamin keselamatan semua," katanya.

Pihak berkuasa kesihatan pula sedang mengesan ahli keluarga dan kenalan lelaki berkenaan yang menemuinya ketika dia tiba di negara itu kerana mereka mungkin berhadapan risiko gangguan kesihatan.

Bagaimanapun, pegawai terbabit memaklumkan setakat ini tidak ada suspek kes Ebola lain kecuali lelaki berkenaan.

Dr Tom Frieden dari Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit pula berkata, pesakit itu berlepas dari Liberia pada 19 September dan tiba ke negara itu pada hari berikutnya.

Dia hanya berasa kurang sihat selepas empat atau lima hari berada di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, tidak jelas mengenai punca sebenar lelaki itu menghidap wabak berkenaan.

Frieden juga memberitahu, penumpang kapal terbang yang dinaiki lelaki itu bagaimanapun tidak terdedah dengan vidus itu kerana ketika itu pesakit itu tidak mengalami sebarang petanda penyakit itu.


Tags / Kata Kunci: Ebola , Amerika Syarikat

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan