Keganasan Kembali Berlaku Di Selatan Thailand

Diterbitkan: Rabu, 1 Oktober 2014 8:36 AM

(Ubah saiz teks)

PATTANI: Insiden keganasan terus berlaku di beberapa wilayah selatan Thailand walaupun kerajaan telah mengumumkan hasratnya mengadakan rundingan damai dengan kumpulan-kumpulan penentang.

Insiden itu, yang reda sejak beberapa bulan lepas, kembali membimbangkan penduduk apabila beberapa kejadian tembakan dilaporkan.

Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Pattanawut Angkavanich berkata beberapa kejadian tembak berlaku malam tadi dan hari ini hingga menyebabkan dua orang mati dan dua lagi cedera.

Kejadian pertama berlaku di daerah Srisakorn pada 7.11 malam yang menyaksikan pengawal keselamatan, Nai Chotdee Wannaro, 40, ditembak ketika dalam perjalanan pulang daripada memburu di hutan.

Kejadian kedua pada 7.20 malam pula membabitkan Nurhayati Mukdasawat, 27, yang ditembak ketika pulang ke rumah.

Pada 7.50 malam pula, guru sekolah pondok Darunsat Witya Saiburi, Ustaz Waesemae Sudeng, 67, mati ditembak ketika menunggang motosikal selepas pulang Masjid Palas, Panarek, Pattani.

Pattanawut berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua suspek lelaki mengekori mangsa dan apabila tiba di pekan Palas, kira-kira 100 meter dari masjid itu, suspek melepaskan tembakan satu das di kepala mangsa.

Ketua Polis Wilayah Pattani Mejar Jeneral Poth Suwaisuwang berkata pihaknya akan meneliti CCTV itu untuk mencari suspek dan sama ada ia ada kaitan dengan puak pemisah.

Pada 2.55 petang tadi, seorang peniaga kedai makanan, Asisah Dahasi, 41, mati ditembak di rumahnya di Kampung Tanjung, Mukim Batong, daerah Rusak Narathiwat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan