Prayuth Sedia Jelaskan Situasi Thailand Di Luar Negara

Diterbitkan: Selasa, 23 September 2014 9:34 PM

Prayuth Chan-ocha.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Empat bulan selepas rampasan kuasa tentera bagi menamatkan konflik politik, Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayuth Chan-ocha berkata beliau sedia melakukan lawatan ke luar negara bulan depan bagi menjelaskan situasi semasa negara ini.

Beliau berkata negara-negara luar sudah mula memahami keadaan yang berlaku di Thailand, dan satu-satunya isu yang berbangkit ialah kerajaan negara ini tidak dibentuk menerusi pilihan raya.

"Saya bersedia menjawab (soalan mengenai) sebarang isu (semasa lawatan rasmi di luar negara) kerana ia tanggungjawab saya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet mingguan di Rumah Kerajaan di sini, Selasa.

Menurutnya keadaan di negara ini bertambah baik, rakyat semakin gembira dan kerajaan juga telah menyelesaikan pelbagai masalah selepas mengambil alih pentadbiran negara.

Antara negara yang bakal dilawati Prayuth ialah negara-negara Asean.

Prayuth, ketua junta tentera Thailand yang merampas kuasa daripada bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra pada 22 Mei lepas, menegaskan beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya.

Prayuth juga Pengerusi Majlis Keamanan dan Keselamatan Negara.
Tags / Kata Kunci: Jeneral Prayuth Chan-ocha , Thailand

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan