Pelancong Kembali Ke Koh Tao, Siasatan Pembunuhan Diteruskan

Diterbitkan: Selasa, 23 September 2014 11:48 PM

Lokasi mayat dua pelancong warga Britain ditemui di pantai Koh Tao.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Walaupun Thailand telah melancarkan pemburuan terhadap mereka yang bertanggungjawab membunuh dua pelancong muda British di resort Koh Tao lebih seminggu lepas, pelancong tetapi membanjiri pulau itu. 

Industri pelancongan di pulau itu kembali memuncak, kata Perdana Menteri Thailand Jen Prayuth Chan-ocha kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet mingguan di sini, Selasa.

Menurutnya pihak berkuasa seperti Kementerian Pertahanan, agensi keselamatan dan Kementerian Luar telah menghubungi Kedutaan British untuk memberikan maklumat terkini mengenai siasatan pembunuhan itu.

Mayat Hannah Wotheridge dan David Miller ditemui di pantai Koh Tao pada awal pagi 14 Sept lepas.

Tiada siapa yang disabitkan dengan jenayah itu setakat ini. 

Koh Tao adalah destinasi pulau yang terkenal bagi aktiviti selam skuba dan selam snorkel di wilayah Surat Thani, bahagian selatan Thailand.

Tags / Kata Kunci: resort Koh Tao , bunuh , pelancong British

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan