Kes Bunuh Di Koh Tao: McAnna Dakwa Diburu Mafia Thai

Diterbitkan: Selasa, 23 September 2014 2:28 PM

McAnna mendakwa dirinya diburu Mafia Thai.

(Ubah saiz teks)

PEMUDA Britain yang melarikan diri selepas 'pembunuhan pulau' di Koh Tao memberitahu dirinya kini berada dalam ketakutan kerana mendakwa terdapat dua orang lelaki yang juga suspek kepada pembunuhan pasangan kekasih minggu lalu mahu melihat dia mati.

Sean McAnna,25, dari Shott, Scotland meninggalkan pulau itu tergesa-gesa menaiki feri selepas membuat panggilan kecemasan dari sebuah pasar raya untuk mendapatkan bantuan terhadap kes pembunuhan itu, sambil menyorok di kaunter bagi mengelak dirinya dilihat pembunuh.

Dia menghantar pesanan kecemasan di laman Facebooknya ketika bersembunyi daripada dua lelaki itu: "Mafia Thai cuba membunuh saya. Tolong saya.'

"Saya memang terfikir hari itu saya akan mati,' jelasnya sejam selepas pembunuhan Hannah Witheridge,23, dan David Miller,24, yang dipukul sehingga mati minggu lalu.

McAnna pernah berjumpa dengan Miller beberapa kali di pulau tersebut berkata, dua lelaki yang memburunya itu turut memberi cadangan agar dia membunuh diri, dan secara tidak langsung McAnna akan dituduh sebagai pembunuh Witheridge dan Miller.


"Saya telah pergi ke sebuah bar dan ada lelaki mula menanyakan beberapa soalan kerana dia tahu mangsa mengenali saya dan mereka pernah mendengar nama saya.

"Saya sedikit mabuk ketika itu dan menjawab semua soalan umum dan selepas itu timbul cerita kes bunuh ini.

"Mereka memberitahu saya 'kamu yang membunuh mereka...kamu telah bunuh dua orang dengan tangan sendiri..kami tahu kamu adalah orangnya. Kamu akan menggantung diri sendiri malam ini dan kami akan melihat sahaja. Kamu akan mati malam ini. Jika kau tidak menggantung diri kamu, kami akan lakukan. Kamu telah bunuh dua orang.'

"Jadi, saya terus lari. Saya tinggalkan tempat itu. Mereka tidak akan tembak saya kerana mereka mahu bawa saya ke sebuah bukit dan menggantungkan saya di sana supaya nampak seperti bunuh diri.

"Mereka memburu saya ketika di pasar raya dan saya bersembunyi di belakang kaunter. Saya membuka Facebook di telefon bimbit dan turut mengambil gambar mereka dan memuat naikkan dalam Facebook dan memberitahu 'jika ada apa-apa berlaku kepada diri saya, semua orang tahu angkara siapa'.

"Mereka perlukan seseorang untuk dijadikan 'kambing hitam' kerana mereka tidak mahu melihat orang tempatan sebagai pembunuh.

"Mereka mahu orang barat, jadi jika saya bunuh diri atau  menggantung diri di sana, senanglah mereka berkata 'Lihat, dialah pembunuh.'"

McAnna berkata, polis menjawab panggilan telefonnya dan dua lelaki tersebut mengiringi polis ke tempat rumah tetamu yang disewa. Tetapi dia takut jika dua lelaki itu mendapat tahu tempat tinggalnya dan sebab itulah McAnna melarikan diri ke arah hutan malah berada di situ sehingga awal pagi.

"Selepas itu saya menuju ke bar dan tidur di bawah meja 'pool' selama sejam sehingga 7 pagi.

"Saya sangat takut berada di hutan, jadi saya teruskan berjalan selama 30 minit dan berpindah dari satu tempat ke tempat lain  agar tiada siapa yang ternampak saya".

Bekas pelajar sekolah lelaki St Aidan (Scotland)  memberitahu, ketika mengharungi situasi getir itu, dia turut menelefon ibunya untuk memberitahu yang dia sayangkan wanita itu, namun sebenarnya McAnna ingin menyatakan 'selamat tinggal. Saya sangat takut'.

Tambahnya:"Saya memberitahu kepada ibu jika ini perbualan terakhir, ia adalah sangat menyedihkan".

Sebelum ini McAnna membuat teori sendiri mengenai pembunuhan Witheridge dan Miller- teori yang turut dipersetujui oleh ibu bapa Miller.

Menurut McAnna,dia yakin Witheridge tidak bersama dengan Miller ketika serangan bunuh dan rogol itu berlaku. Sebaliknya Miller datang ke tempat kejadian untuk menolong Witheridge yang turut menyebabkan lelaki itu dibunuh.

Dia juga tidak yakin bahawa pihak polis akan berjaya menangkap pembunuh itu.

Katanya, mereka bertindak terlalu lambat dan gagal menutup tempat kejadian yang menyebabkan orang ramai pergi ke situ dan memusnahkan banyak bahan bukti yang mungkin ada di sana.

Tags / Kata Kunci: Koh tao , bunuh

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan