Rakyat Scotland Tolak Kemerdekaan, Undi Untuk Kekal Dalam UK

Diterbitkan: Jumaat, 19 September 2014 4:08 PM

Rakyat Scotland yang pro-UK menjulang simbol 'No' (Tidak) ketika proses kempen untuk menentukan sama ada negara itu mahu terus kekal bersama Kesatuan United Kingdom atau merdeka.

(Ubah saiz teks)

EDINBURGH: Majoriti rakyat Scotland telah memutuskan untuk menolak pemerintahan sendiri dan memilih untuk terus kekal di bawah Kesatuan United Kingdom of Great Britain dalam referendum yang berlangsung pada Khamis.

Keputusan tersebut sekaligus menyelamatkan kesatuan empat buah negara iaitu England, Wales, Ireland Utara dan Scotland di bawah satu pemerintahan dan negara sejak 307 tahun yang lalu.

Bagaimanapun dengan 1.3 juta pengundi memilih untuk merdeka, kerajaan pusat dijangka akan memberikan lebih banyak kuasa autonomi kepada Scotland pada masa hadapan.

Sebanyak 55.42 peratus pengundi memilih untuk terus kekal di bawah UK manakala 44.58 peratus lagi memilih untuk pemerintahan sendiri dengan 31 daripada 32 wilayah memilih untuk menolak kemerdekaan.

Keputusan itu juga menunjukkan majoriti rakyat Scotland enggan mengambil risiko ekonomi dan malapetaka kewangan jika mereka membuat keputusan untuk berpisah dari UK.

Kebimbangan paling utama ialah Scotland tidak memiliki bank pusat tidak sepertimana England dan tidak juga memiliki mata wang sendiri untuk menentukan jatuh dan naiknya kadar faedah.

Mereka juga khuatir apabila boleh dikatakan kesemua bank yang beroperasi di Scotland mengambil keputusan untuk memindahkan operasi mereka ke England seandainya Scotland memisahkan diri mereka dari UK.

Jika ini berlaku, sekurang-kurangnya 15,000 warga Scotland akan kehilangan pekerjaan dalam sektor kewangan sahaja.

Pemimpin pro-kemerdekaan, Alex Salmond dengan segera mengeluarkan kenyataan menerima keputusan pengundi dengan hati yang terbuka.

"Majoriti warga Scotland nampaknya belum bersedia untuk pemerintahan sendiri," ujarnya.

Dalam referendum yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 10 malam itu, rakyat Scotland dan mereka yang bermastautin di Scotland diberi hak untuk mengundi dengan pertanyaan; "Apakah Scotland patut menjadi sebuah negara yang merdeka?" dan para pengundi hanya perlu memangkah  "Ya" atau "Tidak" sahaja.

Terdapat lebih kurang 5,000 pusat mengundi yang dibuka di seluruh negara itu.

Lebih empat juta orang layak mengundi dalam referendum tersebut

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan