Ciptaan Pelik Anda Tidak Sedari Perlukannya

Diterbitkan: Khamis, 18 September 2014 9:51 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG bapa dari Watford, England mendedahkan hasil rekaan bagi menghalang biskut yang dicelupkan dengan air panas daripada pecah dan jatuh ke dalam cawan.

Alat yang dinamakan sebagai 'The Cookie Catcher' (Penangkap Biskut) itu merupakan kantung jaring nilon yang memegang biskut anda dan mengumpul mana-mana serpihan biskut yang pecah semasa anda mencelupkan biskut itu ke dalam air panas.

Pereka, Andrew Tinsley sudah pun menerima 600 tempahan bagi produk rekaannya daripada pembuat teh di negara itu.

Di sini terdapat tujuh lagi rekaan pintar yang anda sendiri tidak tahu sememangnya memerlukannya.

Anda bosan menolak kereta sorong bayi?

Kereta sorong bayi yang dilengkapi dengan peluncur seperti skuter.

Dengan rekaan baharu ini, anda hanya perlu berdiri di atas papan peluncur seperti skuter dan boleh meluncur bersama dengan kereta sorong bayi berkenaan.

Tetapi pastikan anda mengikat tali perlindungan keselamatan untuk bayi anda terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Payung khas untuk anjing.

Pastikan anjing perliharaan anda berada di dalam keadaan selamat dan sentiasa kering dengan menggunakan payung khusus untuk haiwan ini.

Payung ini diikat bersama tali pengikat anjing dan boleh dipanjangkan mengikut paras yang sesuai ketika anda membawa haiwan ini bersiar-siar.

Gunting yang mudah untuk memotong piza.

Bagaimana kita boleh lakukan dengan lebih mudah tanpa gunting piza ini? 

Dengan hanya diletakkan di bawah kepingan piza, gunting ini boleh memberikan potongan piza yang sempurna.

Penutup pen yang dilengkapi dengan garpu, sudu dan pisau.

Rekaan ini amat sempurna buat mereka yang sering makan di meja pejabat.

Kelengkapan seperti pisau, garpu dan sudu direka dan dipadankan sebagai penutup pen.

Mesin pencincang kertas serba guna.

Memusnahkan dokumen-dokumen sulit bukan sahaja menyelamatkan ia daripada tersebar malah dapat digunakan sebagai alas baharu untuk haiwan perliharaan di dalam kandang.

Mesin pencincang kertas ini jelas memperlihatkan kecekapan pada fungsinya yang bukan sahaja memotong helaian kertas.

Rekaan baharu untuk mereka yang gemar berselfie.

Amat sukar untuk mendapatkan sudut terbaik apabila mengambil gambar selfie, namun sekarang tidak lagi dengan rekaan ini.

Besi panjang yang berfungsi sebagai "lengan" ini boleh dipanjangkan sebagai pelekap kepada telefon atau kamera anda dan membantu mengambil gambar dari perspektif menarik.

Sekarang apa yang anda hanya perlu belajar adalah mimik dan gaya muka ketika berselfie.

Selipar memudahkan anda berjalan dalam keadaan gelap.

Anda tidak akan lagi jatuh tersadung apabila berjalan di kawasan yang gelap, seperti ketika terpijak permainan kanak-kanak sewaktu hendak pergi ke tandas pada waktu malam.

Selipar ini direka dengan lampu LED di hadapannya yang membolehkan anda melihat objek di hadapan ketika berjalan di tempat yang gelap. - mirror.co.uk



iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan