Wanita Bunuh Diri Terjun Kandang Buaya

Diterbitkan: Rabu, 17 September 2014 9:28 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG wanita warga emas bertindak membunuh diri dengan terjun ke dalam sebuah kandang buaya.

Menurut Bangkok Post, wanita tersebut yang dikenali sebagai Wanpen Inyai, 65, melompat ke dalam kandang yang menjadi tempat tinggal lebih 1,000 ekor reptilia ganas itu di Ladang & Zoo Buaya Samut Prakarn di Thailand.

Insiden berlaku pada Jumaat lalu selepas mangsa dilaporkan meninggalkan rumahnya di Bangkok pada hari yang sama.

Saksi mendakwa terlihat wanita tersebut sengaja terjun ke dalam kandang buaya manakala rakaman kamera litar tertutup di zoo terbabit mengesahkan dia menanggalkan kasutnya sebelum membunuh diri.

Pegawai penyiasat polis Muang Samut Prakarn, Kolonel Preecha Iamnui berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, pemilik dan kakitangan zoo terbabit menggunakan kayu panjang untuk menghalau berpuluh-puluh ekor buaya yang cuba mengoyakkan mayat mangsa.

Sunan Tharmnat, kakak kepada Wanpen berkata, mangsa berada dalam keadaan tertekan dan lebih banyak mendiamkan diri selama beberapa hari sebelum menghilangkan diri.

Dia kemudiannya membuat laporan polis di balai polis Rom Klao mengenai kehilangan Wanpen tetapi dimaklumkan untuk menunggu selama 24 jam seperti yang dikehendaki undang-undang.

Gambar mayat Wanpen yang dikoyak oleh seekor buaya tersebar di Internet pada hujung minggu lalu.

Ladang ternakan tersebut memelihara kira-kira 100,000 ekor buaya dan turut terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan. 


Tags / Kata Kunci: bunuh diri , kandang buaya , Bangkok

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan