Selepas Scotland, Catalonia Pula Inginkan Kemerdekaan

Diterbitkan: Rabu, 17 September 2014 12:47 PM

Peta wilayah autonomi Catalonia (merah) dalam Sepanyol kini mahu menuntut kemerdekaan dalam satu referendum yang dijadualkan pada 9 November ini.

(Ubah saiz teks)

BARCELONA: Warga Scotland akan menentukan masa depan mereka sama ada mahu kekal atau berpisah dari kesatuan United Kingdom (UK) dalam satu referendum pada Khamis dan kini warga Catalonia - sebuah wilayah dalam negara Sepanyol - juga ingin menuntut hak untuk menentukan sama ada mereka mahu memerintah sendiri atau terus kekal sebahagian daripada Sepanyol.

Pada Isnin, Parlimen Catalonia telah memulakan langkah membentangkan rang undang-undang untuk diluluskan bagi membolehkan penduduk di wilayah Catalonia menentukan masa depan mereka melalui satu referendum pada 9 November.

Buat masa ini Catalonia hanya menikmati sedikit kuasa autonomi seperti pengekalan parlimen, budaya dan bahasa mereka sendiri.

Pemimpin pro-kemerdekaan Catalan yang juga presiden wilayah autonomi Catalonia, Artur Mas memberitahu parlimen wilayah itu, rang undang-undang yang akan dibentangkan itu akan membolehkan wilayah tersebut menuntut perundingan tanpa syarat.

"Ini bermakna Sepanyol secara efektifnya akan mendapati bahawa ia adalah sebuah negara yang dibentuk oleh beberapa negara yang lain.

"Pada masa yang sama, Sepanyol akan muncul sebagai sebuah negara dengan tahap demokrasi dan toleransi yang tinggi yang mampu mendengar dan menyelesaikan cabaran demokratik era moden," ujarnya.

Ahli-ahli parlimen Catalonia dijangka meluluskan rang undang-undang tersebut menjelang Jumaat ini, iaitu sehari selepas warga Scotland menentukan masa depan mereka melalui referendum.

Kini warga Catalonia menanti dengan penuh debar bagaimanakah Scotland akan menentukan masa depan mereka walaupun pungutan suara dan tinjauan rambang mendapati, jumlah yang mahukan pemerintahan sendiri dan kekal sebahagian daripada UK adalah sama banyak.

Kerajaan pusat Sepanyol sejak awal-awal lagi menegaskan yang ia akan mencabar di mahkamah perlembagaan sebarang usaha untuk memisahkan wilayah Catalan.

Seandainya itu berlaku, referendum yang dijadualkan berlangsung pada 9 November secara automatisnya terpaksa ditangguh - sekaligus mencetuskan krisis politik dan suasana tidak stabil.

Minggu lalu, beribu warga Catalonia berarak di pusat ibu negeri mereka, Barcelona untuk menuntut agar mereka diberi hak untuk menentukan masa depan wilayah mereka sendiri.

Xavier Arbós Marín, seorang profesor perlembagaan di Universiti Barcelona berkata; "Kini terdapat tekanan daripada pihak yang pro-kemerdekaan supaya wilayah itu meneruskan juga referendum yang dijadualkan pada 9 November depan tanpa menghiraukan apa juga keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat."

Tags / Kata Kunci: Catalan , Catalonia , Sepanyol , Artur Mas

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan