Sejuta Bayi Baru Lahir Mati - Unicef

Diterbitkan: Rabu, 17 September 2014 8:33 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Tempoh 28 hari pertama kehidupan bayi baru lahir adalah yang paling vulnerabel dengan hampir 2.8 juta orang mati setiap tahun dalam tempoh itu, demikian menurut laporan Unicef.

Laporan itu menyebut kira-kira sejuta bayi langsung tidak berpeluang menikmati hari kedua kehidupan meskipun kebanyakan kematian mereka boleh dicegah melalui langkah kos-berkesan sebelum, semasa dan selepas kelahiran.

Bagaimanapun, kadar survival kanak-kanak meningkat secara mendadak sejak 1990 dan dalam tempoh itu, jumlah kematian kanak-kanak di bawah lima tahun menurun separuh iaitu daripada 12.7 juta kepada 6.3 juta.

Menurut Laporan Progres 'Committing to Child Survival: A Promise Renewed 2014', analisis mendapati kegagalan dalam sistem kesihatan semasa tempoh kritikal sewaktu bersalin adalah faktor signifikan yang menyebabkan kematian.

Ia juga menunjukkan terdapat perbezaan besar - dari satu negara ke negara lain, dan antara kaya dan miskin - dalam mutu perkhidmatan kesihatan yang disediakan kepada wanita hamil serta bayi mereka.

Asia Timur dan Pasifik adalah rantau yang berprestasi cemerlang di dunia dengan penurunan 67 peratus kematian di bawah usia 5 tahun sejak 1990, dan penurunan 60 peratus bagi kadar kematian neonatal.

Pneumonia dan cirit-birit masih menjadi pembunuh utama berikutan lebih banyak kematian diumum pada bulan pertama selepas kelahiran.

Penemuan utama dalam kajian ini termasuk separuh daripada wanita tidak menjalani pemeriksaan antenatal minimum empat kali yang disyorkan semasa hamil.

Komplikasi ketika proses bersalin pula adalah punca kira-kira satu per empat kematian neonatum di seluruh dunia, kata laporan itu.

Bukti menunjukkan bahawa memulakan penyusuan ibu selepas sejam kelahiran bayi mengurangkan risiko kematian neonatum sebanyak 44 peratus namun kurang separuh daripada bayi baru lahir mendapat faedah ini.

Laporan itu menyebut bayi yang dilahirkan ibu berusia di 20 tahun dan 40 tahun ke atas berdepan risiko kadar kematian yang lebih tinggi.

Selain itu, laporan berkenaan menunjukkan bahawa tahap pendidikan dan umur ibu memberi kesan signifikan kepada peluang survival bayinya.

Kadar kematian neonatum dalam kalangan ibu yang tidak berpendidikan ialah hampir dua kali ganda berbanding mereka yang berpendidikan sekolah menengah dan ke atas.

"Data itu jelas menunjukkan bahawa peluang survival seorang bayi meningkat secara mendadak apabila ibu mendapat akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti ketika kehamilan dan sewaktu proses bersalin," kata Timbalan Pengarah Eksekutif Unicefkit Geeta Rao Gupta. 

"Kita perlu memastikan bahawa perkhidmatan ini digunakan sepenuhnya dan setiap hubungan antara ibu dan pekerja kesihatan diberi perhatian sewajarnya," katanya.

Tags / Kata Kunci: bayi

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan