Rakan Senegara Dipercayai Bunuh Dua Warga British

Diterbitkan: Selasa, 16 September 2014 12:50 PM

Hannah Witheridge.

(Ubah saiz teks)

POLIS mendedahkan dua pelancong backpacker yang ditemui mati di sebuah pusat peranginan di Thailand dipercayai dibunuh oleh rakan senegara mereka.

Hannah Witheridge, 23, dan David Miller, 24, ditemui mati dalam keadaan tidak berpakaian di pantai Pulau Koh Tao dengan beberapa kesan luka dalam di kepala dan muka.

Polis percaya pasangan tersebut diserang dengan menggunakan sebatang cangkul yang ditemui berlumuran darah bersama pakaian mereka.

Malah, polis turut mengesyaki Witheridge mungkin dirogol.

Pegawai polis berkata mereka perlu bertemu dengan salah seorang rakan Miller yang meninggalkan pulau popular dengan aktiviti skuba dan menyelam itu dengan menaiki feri pertama pada Isnin.

David Miller.

"Kami ingin mengambil keterangan rakan Miller tetapi tidak boleh mendedahkan maklumatnya ketika ini. Namanya sudah tersebar. Kami perlu bercakap dengannya secepat mungkin," kata Kolonel Songsak.

Terdahulu, seorang lagi rakan Miller ditahan kerana kecederaan di tangannya tetapi dibebaskan atas penjelasan yang memuaskan.

Sementara itu, Kolonel Prachum Ruangthong berkata Miller mengalami kesan tetakan di bahagian belakang dan kepala manakala Witheridge ditetak di mukanya.

"Ia tragedi yang mengerikan. Ia juga satu jenayah kejam," katanya.

Kedua-dua mangsa itu menyertai satu parti di Pantai Sai Ree yang melibatkan lebih kurang 50 pelancong asing.

Mayat kedua-dua mangsa yang ditemui 30 meter daripada banglo tempat mereka menginap dihantar ke Bangkok untuk bedah siasat.


iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan