Malaysia China Akan Tubuh Makmal Sarang Burung

Diterbitkan: Isnin, 15 September 2014 3:57 PM

(Ubah saiz teks)

NANNING: Malaysia dan China dijangka menubuhkan makmal secara bersama bagi memproses sarang burung mentah dan tidak bersih di Taman Perindustrian Qinzhou di sini menjelang akhir Oktober ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lee Chee Leong.

Menurutnya, makmal itu akan menjadi makmal nasional pertama yang diiktiraf kerajaan pusat China.

Lee berkata demikian kepada pemberita Malaysia selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman untuk mewujudkan hubungan pelabuhan berkembar di antara kedua-dua negara, di sini, Isnin.

Kini hanya lapan syarikat sarang burung Malaysia dibenarkan mengeksport sarang burung mentah bersih ke China, manakala 15 lagi syarikat masih dalam senarai menunggu untuk diluluskan oleh Pentadbiran Am Bagi Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin China.

Pihak berkuasa China telah mengharamkan import sarang burung dari Malaysia pada Julai 2011 selepas mendapati kualiti sarang burung import berkenaan tidak mematuhi paras kandungan nitrit yang dibenarkan.

Sebelum ini, Lee menemui rakan sejawatnya, Naib Pengerusi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, Zhang Xiaoqin.

Lee dijadual melancarkan Pavilion Malaysia dan Bandaraya Menawan bagi mempromosi Langkawi di Expo China-Asean Ke-11 di sini, hari ini di mana 126 syarikat Malaysia serta 11 agensi kerajaan diketuai Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) mengambil bahagian.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Dzulkifli Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Datuk Jebasingam Issace John, Pengarah Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Ahmad Khairuddin dan Menteri Kaunselor Untuk Ekonomi di Kedutaan Malaysia di China, Ong Chong Yi turut hadir.


Tags / Kata Kunci: Malaysia , China

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan