Kualiti Udara Singapura 'Tidak Sihat' - Berita Dunia | mStar

Kualiti Udara Singapura 'Tidak Sihat'

Diterbitkan: Isnin, 15 September 2014 8:41 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Kualiti udara di Singapura memasuki "tahap tidak sihat" dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) mencecah 113 pada 6 pagi Isnin.

Dalam satu kenyataan, Agensi Alam Sekitar Negara Singapura (NEA) menyatakan kualiti udara mula mencatatkan bacaan tidak sihat daripada 10 malam tadi (Ahad) sehingga 7 pagi Isnin, kawasan paling terjejas adalah barat Singapura. 

Bacaan IPU bagi tempoh 24 jam itu mencatatkan 'tahap tidak sihat' di kawasan itu pada 6 pagi.

Setakat 3 petang Isnin, kualiti udara berada pada tahap sederhana dengan bacaan IPU antara 80-105.

Menurut NEA, keadaan itu kemungkinan besar berpunca daripada titik panas yang dikesan di selatan Sumatera sejak tiga hingga empat hari lepas.

Tags / Kata Kunci: Singapura , kualiti udara , tidak sihat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan