Pasangan Dapat Kebenaran Namakan Bayi Messi - Berita Dunia | mStar

Pasangan Dapat Kebenaran Namakan Bayi Messi

Diterbitkan: Sabtu, 13 September 2014 11:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUENOS AIRES: Seorang bapa yang begitu meminati Lionel Messi berusaha mengemukakan permohonan pengecualian undang-udang hanya untuk memenuhi impian menamakan anaknya sempena pemain bola sepak terkemuka Argentina itu.


Walaupun terpaksa naik turun pejabat untuk mengemukakan permohonan di bandar General Roca, ia memberi kepuasan buat Daniel Valera apabila mendapat kelulusan pengecualian.

Pegawai meluluskan permohonan berkenaan dan mengeluarkan sijil kelahiran untuk Messi Daniel Varela.

Mengikut undang-undang era diktator 1969 negara itu, ibu bapa dihalang menamakan anak mereka menggunakan nama bapa sebagai nama pertama.

Daniel Varela menanam impian untuk menamakan anaknya dengan nama Lionel Messi sejak pertama kali melihat penyerang Barcelona itu bermain untuk pasukan remaja kebangsaan Argentina.

“Saya melihat Messi bermain dengan pasukan di bawah 17 tahun. Dia sungguh hebat dan sejak itu saya berhasrat menamakan anak saya sempena namanya.

Selepas dikurniakan dua anak perempuan dan menunggu lapan tahun, Varela tidak mahu melepaskan peluang apabila isterinya melahirkan anak lelaki baru-baru ini.

"Dan kini saatnya sudah tiba dan saya tidak mahu lepaskan peluang ini,” kata Varela.

Tags / Kata Kunci: Messi Daniel Valera , General Roca

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan