Siswi Dipenjara Kerana Saksi Bola Tampar Lelaki

Diterbitkan: Jumaat, 12 September 2014 10:55 AM

Ghoncheh Ghavami ditempatkan dalam kurungan berasingan selama 40 hari di Penjara Evin.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Seorang bekas siswi Sekolah Kajian Timur dan Afrika (SOAS) di Universiti London dipenjara kerana menghadiri pertandingan bola tampar lelaki di Teheran, Iran.

Ghoncheh Ghavami, 25, menyertai protes bersama sekumpulan aktivis lain bagi membantah undang-undang Iran yang melarang wanita menghadiri sukan untuk lelaki.

Sumber berkata, wanita itu ditahan dan dipenjara di Evin sebelum dibebaskan.

Bagaimanapun, kata sumber itu, Ghavami ditangkap semula apabila dia kembali ke Penjara Evin untuk mengambil barangan peribadinya.

“Difahamkan Ghoncheh (Ghavami) ditempatkan dalam kurungan bersendirian selama lebih 40 hari,” katanya.

Menurut akaun Facebook Persatuan SOAS Iran, Ghavami mungkin dipenjara dua bulan lagi sementara menunggu perbicaraan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan