Obama Janji Serangan Udara Di Syria, Hapuskan Militan IS

Diterbitkan: Khamis, 11 September 2014 12:15 PM

Barack Obama. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berjanji akan mengadakan serangan terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS), termasuk serangan udara di Syria dan memperluaskan operasi di Iraq.

Obama, presiden yang berharap dicatatkan dalam sejarah dalam menamatkan peperangan itu, turut berjanji untuk meningkatkan pasukan Iraq dan meningkatkan bantuan ketenteraan kepada pembangkang Syria.

Beliau menerusi ucapannya yang disiarkan di televisyen berkata, IS yang memancung kepala dua wartawan Amerika dan merampas beberapa kawasan di Iraq dan Syria, disifatkan sebagai satu tindakan kejam.

"Mereka membunuh tahanan. Mereka bunuh kanak-kanak. Mereka menjadikan wanita sebagai hamba, merogol, dan memaksa untuk berkahwin," katanya.

Obama berkata, kekejaman seperti itu hanya boleh dilakukan dengan satu tindak balas.

"Matlamat kami adalah jelas, kami akan memusnahkann ISIL (Negara Iraq dan Jajahannya) melalui strategi antikeganasan yang komprehensif.

"Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap ISIL di Syira, juga di Iraq," katanya.


Tags / Kata Kunci: Barack Obama , IS , ISIL

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan