Lubang Dipenuhi 500 Mayat Ditemui Di Iraq - Berita Dunia | mStar

Lubang Dipenuhi 500 Mayat Ditemui Di Iraq

Diterbitkan: Khamis, 11 September 2014 10:00 AM

Mayat mangsa tahanan ditanam dalam lubang tidak sempurna di Iraq.

(Ubah saiz teks)

MOSUL (Iraq):  Sebuah 'kubur' panjang yang dipenuhi kira-kira 500 mayat orang awam, termasuk kanak-kanak ditemui di daerah Hamidat, di sini baru-baru ini.


Penemuan lubang umpama parit yang mengejutkan di utara Iraq itu dipercayai membabitkan mayat tahanan kata jurucakap kerajaan wilayah Mosul.

Mayat itu dikatakan dari penjara Badoosh yang menjadi mangsa tindakan kejam kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL).

"Kami menemui sebuah kubur besar di barat Mosul dipenuhi orang awam termasuk budak. Mereka dipercayai berasal dari puak Izadi Kurd, yang secara khusus menjadi sasaran ISIL," katanya.

Laporan media tempatan menyebut, sejak Jun lalu, kumpulan ISIL semakin mengganas selepas menawan Mosul dan Tikrit, yang terletak kira-kira 140 kilometer barat laut Baghdad.

Difahamkan, kumpulan itu berjaya mengawal timur Syria dan kawasan utara serta barat Iraq.

Susulan konflik itu, Arab Saudi, Qatar dan beberapa negara Teluk Parsi kini terpaksa berwaspada susulan kebimbangan serangan itu akan merebak ke negara mereka.

Bagaimanapun, pegawai kanan Iraq mendakwa, ISIL mempunyai hubungan rapat dengan perisikan Saudi dan dipercayai secara tidak langsung disokong oleh rejim Israel.

Tags / Kata Kunci: Mosul , Hamidat , kubur
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan