Ebola: Kes 'Disyaki' Pertama Dikesan Di Australia

Diterbitkan: Khamis, 11 September 2014 10:48 AM

Petugas kesihatan Liberia mengangkat mayat mangsa wabak Ebola untuk disempurnakan di sebuah perkampungan di negara itu.

(Ubah saiz teks)

CANBERRA: Seorang lelaki terpaksa dipisahkan dan menjalani pelbagai ujian selepas disyaki menghidap penyakit Ebola, sekali gus kes pertama di Australia.


Walaupun besar kemungkinan lelaki berusia 25 tahun itu tidak menghidap penyakit berbahaya itu, pihak hospital di sini tetap mengambil langkah berjaga-jaga.

Media tempatan melaporkan, lelaki itu sakit selepas pulang dari Republik Demokratik Congo dan dipindahkan ke sini dari Hospital Universiti Gold Coast di Queensland.

Jurucakap hospital dan Perkhidmatan Kesihatan, Amanda Noonan berkata, diagnosis positif 'besar kemungkinan' tidak ada tetapi rawatan yang diberi ketika ini sebagai kes Ebola yang disyaki.

Lebih 2,200 kematian di sekitar Afrika Barat dikatakan berpunca daripada Ebola, iaitu penularan wabak paling dahsyat dalam sejarah penyakit itu.

Sementara itu, di Geneva, dilaporkan angka kematian akibat wabak Ebola melonjak hampir 200 sehari kepada sekurang-kurangnya 2,296 mangsa, menurut anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sejumlah 4,293 jangkitan Ebola direkodkan di lima negara Afrika Barat sehingga 6 September lalu, kecuali Liberia yang juga negara paling teruk diserang virus Ebola.

Pertubuhan itu juga menjangkakan ribuan kes baharu Ebola akan berlaku di Liberia dalam beberapa minggu lagi, sekali gus menimbulkan kKebimbangan Presidennya, Ellen Johnson Sirleaf.

Selain itu, Menteri Pertahanan Liberia, Brownie Samukai ketika memaklumkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggap Ebola boleh mengakibatkan negara itu lumpuh.

Wabak Ebola yang bermula pada Disember tahun lalu kian meruncing. Antara simptom jangkitan Ebola termasuk demam panas, muntah dan cirit-birit diikuti pendarahan organ yang membawa kepada kematian.



Tags / Kata Kunci: Ebola , Australia , Republik Demokratik Congo

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan