2 Letupan Bom Buatan Sendiri Di Pusat Beli-Belah

Diterbitkan: Khamis, 11 September 2014 8:29 AM

Pegawai polis Chile mengawal keadaan di dalam stesen kereta api bawah tanah La Moneda berikutan kejadian letupan bom di stesen Escuela Militar pada Isnin. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

SANTIAGO (Chile): Dua bom buatan sendiri meletup di sebuah pusat membeli-belah di bandar peranginan Vina del Mar di Chile, sekali gus mencetuskan suasana panik selepas satu insiden letupan bom di stesen kereta api bawah tanah di Santiago yang mencederakan 14 orang.

Letupan terbaharu itu berlaku pada Rabu di sebuah bilik mandi di pusat membeli-belah Open Plaza di Vina del Mar.

Tiada kecederaan dilaporkan bagaimanapun ia berlaku kurang 24 jam selepas satu insiden letupan yang sama di luar pasar raya Tottus berhampiran yang mencederakan seorang wanita pada malam Selasa.

Insiden letupan bom di Vina del Mar itu membimbangkan orang ramai selepas satu serangan yang berlaku di stesen kereta api bawah tanah Escuela Militar di ibu negara itu pada Isnin.

Menurut polis, bom dalam kejadian letupan pada Selasa, diperbuat daripada botol plastik yang diisi dengan aluminium dan asid hidroklorik, telah diletakkan di dalam tong sampah, dilihat seperti yang peranti yang meletup di medan selera stesen kereta api bawah tanah pada Isnin. - AFP


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan