Australia Paling Mahal Untuk Pelajar Antarabangsa Di Universiti

Diterbitkan: Khamis, 11 September 2014 10:14 AM

Sydney merupakan tempat paling mahal untuk pelajar asing melanjutkan pelajaran di universiti.

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Australia merupakan tempat paling mahal untuk pelajar antarabangsa melanjutkan pelajaran di universiti, mendahului Singapura dan Amerika Syarikat (AS), menurut satu kajian.

Kajian itu turut menyatakan bahawa India merupakan tempat paling murah bagi pelajar asing menyambung pengajian tinggi.

Laporan kajian oleh bank gergasi HSBC, menerusi tinjauan terhadap 15 negara, berkata pelajar asing memerlukan AS$42,000 (RM134,401.16) setahun untuk membayar yuran universiti dan kos sara hidup di Australia.

Ia hampir AS$3,000 (RM9,597.74) lebih dari Singapura, dan AS$36,000 (RM115,167.21) lebih tinggi dari bayaran yang diperlukan oleh pelajar asing untuk melanjutkan pelajaran di India.

Selain kos, AS juga dilihat menawarkan pendidikan paling berkualiti, diikuti Britain dan Jerman, manakala Australia menduduki tempat keempat, menurut kajian itu dikeluarkan pada Rabu.

"Sebab-sebab utama menghantar anak-anak ke luar negara kerana mahu mempelajari bahasa-bahasa asing, pengalaman antarabangsa dan berdikari," kata ketua pengurusan kekayaan HSBC, Simon Williams.

"Tetapi pendidikan antarabangsa membawa satu dimensi tambahan yang rumut untuk merancang, terutama perancangan kewangan.

"Kebanyakan pendidikan luar negara dibiayai oleh ibu bapa, dan konsep dana kolej ditubuhkan secara terancang di AS, yang dilihat masih tidak dilakukan di tempat-tempat lain," katanya. - AFP


9,597.74
9,597.74
9,597.74
Tags / Kata Kunci: pelajar asing , Australia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan