Putera Charles Harap Anak Kedua William-Kate Perempuan

Diterbitkan: Rabu, 10 September 2014 8:59 AM

Charles (kiri) bersama William dan Kata. Foto AP

(Ubah saiz teks)

PUTERA Wales, Putera Charles berkata, alangkah bagusnya beliau dapat menjadi datuk sekali lagi dan berharap untuk menimang cucu perempuan kali ini.

Charles, 65, berkata, puteranya William dan isteri, Kate Middleton dijangka menerima anak kedua.

Putera Wales itu berkata: "Alangkah bagusnya. Saya gembira untuk menjadi datuk sekali lagi.

"Saya akan menunggunya, tetapi saya berharap ia adalah bayi perempuan kali ini."

Kate masih dirawat akibat 'morning sickness' di kediaman di Istana Kensington, sambil ditemani William.

Kate masih dalam peringkat awal kehamilannya.

Charles dilaporkan pernah menyatakan harapan yang sama untuk mendapatkan bayi perempuan ketika Puteri Diana sedang mengandung anak kedua iaitu Harry.

Di dalam buku mengenai beliau bertajuk 'Diana: Her True Story' yang diterbitkan pada 1992, penulis Andrew Morton mendakwa Diana berkata: "Charles sentiasa mahukan anak perempuan... saya tahu Harry adalah lelaki (ketika mengandung) dan saya tidak beritahu dia." - mirror.co.uk




iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan